Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Sabtu, 23 September 2017

Definisi, Konsep dan Kepentingan Kemahiran Berfikir (KHOO WEI SHAN)




Definisi Kemahiran Berfikir
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. 





Pandangan-pandangan tokoh : 
  1. George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks.
  2. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
  3. Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
  4. Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  5. Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah,membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)
  6. Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah.


 

Berfikir Secara Kritis
-Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan mendorong ke arah pertimbangan yang baik.
-Melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan.
-Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

Contoh Berfikir Secara Kritis:
a) membanding dan membeza
b) membuat kategori / klasifikasi
c) menerangkan sebab
d) menentukan sumber yang dipercayai
e) membuat ramalan
f) meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
g) mengusul periksa andaian
h) membuat inferens
i) menilai sesuatu
j) membuat generalisasi



Berfikir Secara Kreatif:
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah,dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.

Contoh Berfikir Secara Kreatif:

a) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai(baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )
b) mencipta analogi
c) mencipta metafora
d) membuat definisi
e) membuat hipotesis
f) membuat peta konsep


Kepentingan Berfikir secara Kreatif dan Kritis sebagai Komponen Kemahiran Berfikir 

  • Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.
  • Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik : pendekatan pengajaran. 
  • Memperkembangkan daya intelek.
  • Mengelakkan kesilapan berfikir : 
  1. Terburu-buru
  2. Sempit
  3. Kabur
  4. Bercelaru


Rujukan : 


  1. http://eprints.utm.my/6588/4/AzamMP052038D2007TTTCHAP1.pdf
  2. http://www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/258/255http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/IIUM.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA (KEE WEI NIE) CONTOH-CONTOH ALAT BERFIKIR Pengurusan Grafik (penggunaan borang grafik) bentuk...